Program NADI Safe & Shield di SK Ulu Sungai Merah Sibu

19 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2024 (Rabu), NADI Kg. Jeriah dengan kerjasama NADI RPR Sibujaya dan NADI Seduan Rantau Panjang telah melaksanakan Program NADI Safe & Shield di SK Ulu Sungai Merah Sibu bermula jam 8:30 pagi – Jam 10:00 pagi. Peserta program yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid tahun empat sehingga tahun enam.

Antara pengisian program adalah pengenalan kepada perkhidmatan pintar NADI, taklimat NADI Safe & Shield dan pengenalan kepada eKelas. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dan ucapan alu-aluan dari wakil guru SK Ulu Sungai Merah.

Selain itu, diadakan juga sesi soal jawap dan kuiz. Penglibatan murid-murid SK Ulu Sungai Merah amat memberangsangkan dan program berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada pihak guru dan peserta program. Semua peserta program turut ditawarkan menjadi ahli NADI secara percuma semasa program ini.

Diharap dengan adanya perkongsian ini, para peserta mendapat manfaat dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dikongsikan dalam kehidupan seharian terutamanya dari aspek penggunaan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali